Wednesday 29 June 2011

PRODUK TERBARU

A01
SISTEM KEDAI ONLINE

* Sistem Pesanan Belian
* Sistem Pengurusan Email
* Sistem Pengurusan Maklumat Produk
* Sistem Perakaunan

Dalam menjalankan perniagaan secara online, pengurusan maklumat adalah sangat penting. Tanpa pengurusan yang baik, menyebabkan perniagaan tidak boleh berkembang dengan pesat, malah boleh menyebabkan keraguan kepada pelanggan.

Setiap pembelian yang dibuat oleh pelanggan, perlu diurus dangan baik melalui SISTEM PESANAN BELIAN yang ringkas, mudah diguna , cepat dan menyakinkan.

Perniagaan online juga memerlukan kepada SISTEM PENGURUSAN EMAIL yang baik, yang memudahkan urusan pemasaran yang hendak dibuat.

Walaupun dalam perniagaan secara online stok jarang disimpan, tetapi jika ingin dikembangkan perniagaan, stok seharusnya diurus dengan baik. Samada stok berbentuk produk nyata ataupun produk digital, pengurusan yang baik dapat dilakukan jika mengguna SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PRODUK.

Apabila rekod perniagaan disimpan dengan sempurna, laporan kewangan seperti penyata untung rugi, kunci kira-kira dan lain-lain laporan dapat disediakan dan membantu pengurusan perniagaan dilakukan dengan lancar. Melalui SISTEM PERAKAUNAN yang baik, laporan kewangan dapat disedia dengan mudah.

Dengan adanya SISTEM KEDAI ONLINE ini, diharap dapat membantu dan meyakinkan anda yang ingin mengguna internet sebagai saluran menambah pendapatan samada secara sambilan atau sepenuh masa.

Setakat ini yang saya nampak, penekanan yang diberikan lebih kepada pemasaran internet (internet marketing) sahaja. Sedangkan usaha mewujudkan tapak yang kukuh berbentuk KEDAI ONLINE bagi perniaga kecil amat payah untuk dicari. Jika ada pun, cara urusniaganya tidak sistematik.

Keadaan yang ada sekarang ini tidak akan membantu anda menjadi usahawan internet baru, kerana anda akan melihat kedudukan anda yang jauh tertinggal untuk memiliki senarai email yang banyak seperti IM yang telah lama. Di samping itu pula, perlu mengambil masa mempelajari penyediaan laman web, mininiaga, melanggan autoresponder dan mendapat khidmat pereka grafik yang baik.

Dengan adanya SISTEM KEDAI ONLINE ini, anda yang baru hendak menceburi perniagaan di internet tidak perlu merasa jauh tertinggal. Anda juga tidak perlu mengambil masa yang lama membina kedai online yang cangih, kerana sistem ini akan membantu urusan perniagaan anda menjadi lebih cekap.

Apa yang perlu anda lakukan untuk memiliki kedai online? Hanya perlu satu laman blog percuma kemudian melanggan SISTEM KEDAI ONLINE dengan harga yang sangat berpatutan.

Oops....Saya tidak bermaksud dengan anda memiliki SISTEM KEDAI ONLINE ini, anda akan berjaya dalam usaha memjana pendapatan di internet. Anda perlu melakukan pemasaran di internet melalui pemasaran email, sosial marketing (facebook) dan lain-lain cara pemasaran yang boleh dilakukan melalui internet.

Dengan adanya SISTEM KEDAI ONLINE ini, anda menjadi yakin untuk menceburi perniagaan internet. Kerana sistem ini dapat membantu anda menyelesai perkara teknikal dalam mengurus kedai online anda. Sistem ini terdiri dari 4 sub sistem seperti pesanan belian, pengurusan email, pengurusan stok dan perakaunan. Sub sistem ini telah dikenalpasti sebagai amat penting dapat membantu melancarkan perniagaan anda.